Monday, 7 April 2014

PENDAFTARAN PELAJAR 2014

Assalamualaikum,
Kepada ibu bapa dan penjaga pelajar. Kami ingin memaklumkan bahawa pendaftaran kemasukan pelajar ke taska dan tadika pada sesi 2014 telah bermula. Kepada yang berminat menghantar anak ke taska kami, sila daftar sekarang kerana tempat adalah terhad terutama untuk baby dan transit. Oleh itu, sila daftar segera untuk menempah tempat. 
Terima kasih. 

Sunday, 6 May 2012

JAWATAN KOSONG


GURU TASKA ..... TEMPAT TINGGAL DAN ELAUN DISEDIAKAN.  BERMINAT.. HUBUNGI 019-7101065

Thursday, 23 February 2012




OBJEKTIF KAMI

 Berusaha merintis pelajar agar mencintai ilmu dari umur seawal 2 bulan selepas dilahirkan supaya dapat membangunkan simulasi minda mereka.

 Menggalakkan aktiviti fizikal untuk memastikan pembangunan anak dengan sempurna mengikut fitrahnya

 Kami akan menitik beratkan 6 komponen pembelajaran.  Iaitu bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan moral, sosioemosi,  perkembangan fizikal dan komponen kreativiti dan estetika untuk memastikan setakat mana keberkesanan pembelajaran anak-anak.
 Mengasuh dan memberikan didikan awal kepada kanak-kanak.

 Menggalakkan interaksi kanak-kanak dengan masyarakat sekeliling.


JADUAL AKTIVITI

PENJAGAAN KANAK-KANAK BERUMUR 2 BULAN

ISNIN HINGGA JUMAAT

· Bermain dengan alat bantu mengajar
· Melakukan aktiviti fizikal
· Simulasi minda

PENJAGAAN KANAK-KANAK BERUMUR 2 TAHUN

ISNIN HINGGA JUMAAT

· Aktviti luar
· Aktiviti fizikal
· Menyanyi
· Permbelajaran dan manupulatif
· Riadah
· Simulasi minda
· Bermain dengan alat bantu mengajar

 PENJAGAAN KANAK-KANAK BERUMUR 3 HINGGA 4 TAHUN

ISNIN HINGGA JUMAAT
· Aktiviti fizikal
· Menyanyi
· Aktiviti luar
· Permbelajaran dan manupulatif
· Riadah
· Fardu ain
· Bermain dengan alat bantu mengajar


PERKHIDMATAN
Terdapat beberapa perkhidmatan yang di sediakan oleh Taska Tunas Bestari antaranya :-

1. Penjagaan kanak-kanak berumur 2 bulan sehingga 1 tahun
2. Penjagaan kanak-kanak berumur 2 tahun
3. Penjagaan kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun
4. Perkhidmatan transit 

Kami sedang berusaha merintis pelajar agar mencintai ilmu dari umur seawal 2 bulan selepas dilahirkan.  Kajian telah menyatakan bahawa proses pembangunan fungsi otak adalah berperingkat-peringkat.  Iaitu 25% waktu anak dilahirkan, 50% waktu anak berumur 6 bulan, 85% waktu anak berumur 3 tahun dan 95% waktu anak berumur 6 tahun.  Oleh itu, adalah digalakkan kanak-kanak diberikan simulasi dan ilmu pada waktu ini untuk mengelakkan sel otak yang telah matang untuk menerima ilmu itu mengecut dan pembangunan seterusnya terencat.

Kami juga akan menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal seperti menjulur, merangkak, guling balak, melompat, log roll, dowel, berus tapak tangan dan kaki, head stand, buai, Babinski refleks, forward roll & backward roll.  Ia amat baik untuk memastikan pembangunan anak dengan sempurna mengikut fitrahnya.  Program ini akan dijalankan untuk semua peringkat umur kanak-kanak.
 
Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar, kami juga turut berusaha untuk mewujudkan ruang pembelajaran yang selesa dan kondusif.